Powered By Blogger

Friday, May 27, 2011

Ingat, inilah cara-caranya kalau nak menambat hati suami!

1) Kalau aku marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami! Tapi kalau x sejuk juga, kena berhadapan dgn suami dan luahkan mslh tu dgn CARA YG BAIK...


2) Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.




3) Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. INGAT, suami sibuk. Kdg2 apa yg kita pesan, dia mudah terlupa




4) Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.




5) Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.




6) Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Kalau xde hal penting pun, bleh call. Tp make sure suami bukan dalam keadaaan bz...Juat bare in mind, suami suka kalau kita selalu teringatkan die.


7) Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.




8) Jangan ganggu suami jika dia tengah asyik melakukan sesuatu.




9) Apabila suami marah, jangan menjawab. Diam dahulu walaupun kita tidak salah. Apabila keadaan dah tenang, baru terangkan keadaan sebenar kpd suami.


10) Apabila meminta bantuan suami, jangan guna ayat mengarah. Minta dgn elok, dan terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya


11) Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.




12) Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.




13) Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.




14) Bila suami memandu, jangan ganggu suami memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan. Dan jangan merungut @ mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan suami.




15) Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa maksud seksual.


Moral of d story: Aku tau aku x mampu buat yang terbaik tapi sekurang0kurang aku beringat agar aku x mengulangi perkara yang x disukai berulang kali.

No comments:

Post a Comment